Cik Salmah baru saja memulakan pekerjaan barunya sebagai seorang guru kaunseling di sebuah sekolah.
Dia sangat bersemangat untuk memberikan nasihat kepada pelajar-pelajar di sekolah itu.
Pada waktu rehat.. dia melihat seorang pelajar yang sedang berdiri seorang diri di hujung padang...sedangkan kawan-kawannya yang lain asyik bermain di tengah-tengah padang ....mengejar bola antara satu sama lain.
Salmah cuba mendekati pelajar itu dan bertanya apakah dia ada masalah... Pelajar itu menjawab bahawa keadaannya baik saja.
Mendengar jawapan itu Salmah lalu meninggalkannya.
Beberapa minit kemudian Salmah memerhatikan lagi pelajar itu masih bersendirian di tempat yang sama... Salmah kini yakin bahawa pelajar ini sebenarnya mempunyai masalah....
Lalu sekali lagi Salmah mendekati pelajar itu dan berkata penuh kelembutan...
"Apakah kamu mahu kalau saya menemanimu?"
Pelajar itu menjawab..
"Okey.. boleh saja...!"
Merasakan bahawa pendekatannya berhasil Salmah bertanya lagi..
"Kenapa kamu berdiri seorang diri di sini?"
"Kerana ..." jawab pelajar itu dengan penuh kehairanan...
"... Saya adalah penjaga gol!